Latest News

Sunday 11 January 2015

UMNO Sabah Tanpa Musa Bakal Kecundang


DALAM keadaan politik yang panas sekarang ini, jika berlaku perubahan kepimpinan negeri, bukannya membawa impak positif kepada negeri akan tetapi lebih banyak negatifnya.

Musa telah membuktikan dalam tiga pilihanraya umum bukan sahaja calon-calon daripada UMNO menang mutlak akan tetapi juga calon-calon komponen BN.

Selain itu, melalui kepimpinan Musa, Sabah terus maju jaya, pembangunan berjalan dengan  rancak, simpanan kewangan melebihi RM3 bilion, bajet negeri membuat rekod terbaharu malah di zaman pemerintahan beliau juga Sabah mendapat saham dalam operasi minyak.

Di zaman pentadbiran Musa, kadar kemiskinan menurun kepada paras lapan (8) peratus yang tidak pernah berlaku sejak merdeka.

Pembasmian PATI juga berlaku pada pentadbiran Musa, ertinya selama beliau menjadi Ketua Menteri telah banyak tindakan beliau bagi memajukan negeri.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook