Latest News

Friday 16 January 2015

WAJAR TINDAKAN DISIPLIN TERHADAP DATUK JUMAT

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Tindakan Disiplin Terhadap Datuk Jumat.??. Oleh Blog Jalinan Politik (screenshot)

SESIAPA sahaja ahli parti yang melanggar ADAB DAN ETIKA, parti perlu diambil tindakan. Jika tidak ianya akan menjadi ikut-ikutan kepada ahli-ahli yang lain.

Parti perlu melaksanakan peraturan parti agar semua ahli memathuinya, tidak mengira kedudukan seseorang itu dalam parti.

Jumat memburukkan parti denga memberi dakwaan terhadap pemimpin parti. Dakwaan beliau tiada asas, hanya dirinya seorang sahaja yang tahu tindakannya itu.

Setiap ahli tidak mengira kedudukannya patut tahu bahawa parti mempunyai saluran tertentu untuk membuat sebarang aduan atau tidak berpuas hati dan itu sepatutnya Jumat tahu kerana beliau merupakan Ketua Bahagian.

Umno mempunyai lebih 3.5 juta ahli, jika tindakan seseorang yang memburukkan parti dan pemimpinnya apatah lagi dakwaan itu tiada asas dan jika tidak diambil tindakan, maka lebih banyak impak negatifnya berbanding positif. Sudah tentu!

Jumat kena ingat, beliau menang pilihanraya lalu bagi kawasan Parlimen Sepanggar bukan kerana usaha beliau sendiri, melainkan pengundi tahu siapa ketua Umno negeri dan pusat. Pengundi merasakan boleh bersandar kepada kepimpinan dan atas sebab itu, mana-mana calon Bn diundi.

Jumat tersilap pengertian dan menganggap bahawa kedudukan Ketua Bahagian dan MP, maka beliau bebas membuat kenyataan tomahan dan "untouchable".

Adalah wajar sayap parti Sabah mencadangkan agar Ketua Bahagian Umno Sepanggar itu diambil tindakan, kerana tindakannya mencemarkan nama parti dan dirinya sendiri.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook