Latest News

Tuesday 27 January 2015

Wanita UMNO Sabah Menyokong Musa adalah TEPAT!!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) SELITA KADAI KUPI:... Oleh FB Alfred Chong (screenshot1) (screenshot2)
(ii) Kelantangan YB.Idris Jumat mendedahkan... Oleh FB Page Remove Musa Remove UMNO Sabah (screenshot)

WANITA merupakan 50 peratus daripada pengundi. Dengan sokongan Wanita Umno Sabah, sekurang-kurangnya secara umum Musa mendapat sokongan lebih separuh daripada pengundi.

Wanita Umno Sabah telahpun membuat pendirian tegas ekoran serangan Ketua Bahagian Umno Sepanggar yang juga MP kawasan itu - Datuk Jumat Idris.

Untuk makluman, ahli Umno terdiri daripada berbilang kaum yang umumnya bumiputera Islam Sabah. 

Dalam Umno, bukan melihat pada suatu suku kaum itu akan tetapi pada prinsip parti. Jika menyebut hal seseorang itu mempunyai merit kepimpinan, maka Umnolah parti tersebut.

Posting pencacai Jumat yang menggunakan akaun palsu (Alfred Chong) hanya berimpak negatif kepada Ketua Bahagian itu.

Para ahli Umno sedar dan tahu bahawa dalam parti bukan berasaskan kepada suatu suku kaum. Akan tetapi, merit kepimpinan. Sesiapa sahaja ahli, jika mempunyai merit kepimpinan maka akan jadi pemimpin dalam Umno.

Satu perkara dalam kepimpinan adalah kesetiaan kepada perjuangan parti. Jika ada pemimpin atau ahli hanya memperjuangkan kepentingan peribadi, sudah pasti ahli-ahli lain juga akan bertindak.

Tiga (3) sayap Umno Sabah telah membuat keputusan untuk mencadangkan agar Jumat diambil tindakan disiplin kerana melanggar adab dan etika parti. Ini kerana, tiga sayap itu tidak mahu mempunyai pemimpin yang boleh merosakkan parti. "Jangan kerana kerbau seekor membawa lumpur, maka semua terpalit!"
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook