Latest News

Friday 27 February 2015

APA HUBUNGAN DENGAN MUSA?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Semakin Lemah Politik Musa. Oleh Blog Jalinan Politik (screenshot)

DATUK Marcus Mojigoh adalah pemimpin kanan UPKO. UPKO adalah komponen parti Bn. Dalam konsep berkongsi kuasa antara parti Bn, amalan yang diguna pakai adalah tidak mencampuri urusan parti-parti komponen.

Kenyataan Marcus bahawa pada PRU-14, tidak lagi mahu dicalonkan adalah sememangnya dinanti-nantikan untuk memberi peluang kepada generasi muda. Namun, cara Marcus menyatakannya adalah seolah-olah seperti memprotes. Alasan yang diberikan juga adalah alasan yang remeh.

Adalah rahsia umum bahawa kepimpinan baru Upko dalam rangka generasi semula, maka calon-calon lama akan digantikan pada PRU-14. Bagi Marcus, untuk berdepan dengan keadaan itu maka sebagai orang politik, jika suatu hari kelak beliau tidak terpilih lagi, maka penyokongnya akan memberi jawapan bahawa pemimpin mereka menolak pencalonan tersebut. Juga pada masa itu, tidak berlaku sabotaj kepada calon baru. Marcus mengambil iktibar pada PRU-13 yang lalu bahawa calon baru kalah kerana berlakunya sabotaj daripada penyokong-penyokong calon lama.

Kenyataan penulis blog yang dirujuk, kononnya dengan adanya kenyataan Marcus itu, maka kepimpinan Musa semakin lemah adalah kenyataan andaian sendiri atau analisis ringkas.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook