Latest News

Friday 27 February 2015

CADANGAN PELABUHAN BEBAS

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Kerajaan negeri merancang untuk menaik... Oleh FB Luke JS Biajin (screenshot)

PELABUHAN bebas tiada hubung kait dengan Dasar Kabotaj. Dasar Kabotaj hanya berlaku di antara negeri iaitu sama ada daripada Semenanjung atau Sarawak. Kabotaj adalah menggunakan kapal yang berdaftar dalam negara.

Kapal asing tidak tertakluk kepada dasar kabotaj. Ertinya, jika ada kapal asing singgah ke pelabuhan di Malaysia, namun kapal tersebut tidak meneruskan perjalanan ke pelabuhan lain. Di sinilah kapal yang berdaftar di Malaysia mengambil peranan. Sebagai contoh, kapal daripada Jepun singgah di pelabuhan Kota Kinabalu, apabila muatan diturunkan maka akan kembali ke Jepun dengan muatan lain pula.

Apa yang berlaku di Malaysia, adalah apabila ada kapal dagang singgah di Pelabuhan Klang misalnya perjalanan kapal itu hanya setakat berlabuh di Pelabuhan Klang dan bukannya ke Kota Kinabalu atau Kucing.

Demikian juga kapal daripada negara luar seperti Taiwan, jika perjalanan hingga ke pelabuhan Kota Kinabalu, maka ia hanya ke Kota kinabalu destinasinya.

Dasar kabotaj adalah mencegah kapal asing yang tidak rutin menghantar barang untuk mengambil peluang. Ini kerana dengan tidak rutinnya itu, maka dasar kabotaj dibuat agar supaya penghantaran barang antara pelabuhan di Malaysia hanya dilakukan oleh kapal yang berdaftar di Malaysia sahaja.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook