Latest News

Friday 6 February 2015

FAKTA SEBENAR: Apa Hubungan LAPORAN COBBOLD, IGC & MA63?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Dari Meja Pertanyaan Haji Julaihi Haji Suut Oleh FB Page Haji Julaihi Haji Suut (screenshot)

APA yang diterangkan dalam 'caption' itu memang betul, hanya yang tidak betul kononnya, Malaya mempunyai niat jahat dalam Malaysia Agreement 1963 (MA63).

Pada Tahun 1961 di Singapura, Perdana Menteri Persekutuan Malaya yang juga termasuk Singapura telah mencadangkan gagasan Persekutuan Malaysia, sekiranya boleh disertai oleh North Borneo, Sarawak, Brunei dan Malaya. Tujuan gagasan itu, bagi membendung penyebaran fahaman komunis di rantau ketika waktu itu dan melaksanakan kemajuan ekonomi dan pentadbiran bersama

Apabila Persekutuan Malaysia ditubuhkan, maka Malaya yang mempunyai kelebihan daripada segi ketenteraan kerana telah merdeka lebih dahulu, maka kekuatan itu boleh melindungi wilayah negara secara keseluruhannya.

North Borneo dan Sarawak pada masa itu masih jajahan British dan selepas itu dimerdekakan sebagai Internal Self-Government (IGC) sahaja iaitu bersyarat. Sebenarnya, tiada niat jahat Malaya kerana atas inisiatif Malayalah, North Borneo dan Sarawak dibebaskan oleh British dengan panggilan Internal Self-Government. Sebaliknya Brunei yang enggan menyertai Persekutuan, akhirnya kekal dibawa takluk British dan baru dimerdekakan pada tahun 1984. Fakta padat sebenar.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook