Latest News

Friday 13 February 2015

ITU BUKAN KEPUTUSAN JABATAN PENDIDIKAN SABAH!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Pencabulan bahasa telah melanggar hak... Oleh FB Page Solidarity 4 Sabah (screenshot)

KEPUTUSAN yang dibuat seperti dalam surat pekeliling sebuah sekolah yang tidak dinyatakan merupakan surat pekeliling terpencil jika benar-benar berlaku.

Setakat ini, pihak Jabatan Pendidikan belum mendapat mengenal pasti surat pekeliling yang dikatakan ditulis oleh sebuah sekolah rendah di Sabah, memandangkan tidak jelasnya posting di facebook tersebut.

Menurut sumber pendidikan setakat ini, belum ada arahan seumpama itu dan besar kemungkinan surat pekeliling itu adalah hasil rekaan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Jabatan Pendidikan Negeri sedang mencari maklumat berkaitan isu tersebut dan diminta sesiapa yang memiliki surat pekeliling lengkap tersebut, supaya memanjangkannya kepada Jabatan Pendidikan Negeri.

Maklumat Terkini Berhubungan Isu Tersebut

Telah dikenalpasti bahawa sebuah Sekolah Rendah di Batu Sapi, Sandakan membuat surat pekeliling tersebut secara persendirian dan tidak mendapat kelulusan daripada Jabatan Pendidikian.

Pengarah Pendidikan dipetik sebagai berkata, keputusan sekolah tersebut telah ditarik balik, sebaliknya pelaksanaan pendidikan sediakala di sekolah tersebut, di mana bahasa Kadazan merupakan mata pelajaran pilihan akan diteruskan seperti biasa.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook