Latest News

Wednesday 4 February 2015

JANGAN BERCAKAP SEOLAH-OLAH MEWAKILI SABAH

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Sila baca dan sebarkan... Oleh FB Page Sabah Sarawak Keluar Malaysia – SSKM (screenshot)

HANYA mereka yang kemaruk kuasa dan merebut kuasa bercakap seperti ini. Tan Sri Simon Sipaun merupakan bekas Setiausaha Kerajaan Negeri, mengapa masa itu tidak bersuarapun? Mengapa dalam tidak berkuasa baru hendak bercakap??

Sebenarnya, mereka yang kononya "tidak senang hati" adalah mereka-mereka yang sebelum ini mempunyai kuasa akan tetapi selepas kehilangan kuasa, maka termimpi lagi kuasa itu. Yang tidak senang hati itu adalah mereka kerana tiada kuasa lagi. Cuba kalau ada kuasa, mahukah bercakap?!

Kerajaan baik Persekutuan dan Negeri, senantiasa bergerak ke hadapan, senantiasa mengorak langkah untuk memajukan rakyat. Kadar kemiskinan diambil peduli dan perhatian. Pemegang jawatan jabatan-jabatan di Sabah baik negeri mahupun persekutuan diperbaiki setiap masa,dan diisi sesuai dengan keperluan dan kemahiran/kepakaran seseorang.

Sabah sejak merdeka diperintah oleh orang Sabah sendiri dan Simon pasti tahu bahawa semua jawatan peringkat negeri adalah rakyat Sabah majoritinya. 

Permintaan untuk mengkaji Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), sebenarnya dikaji setiap masa meskipun dalam perjanjian sebelum ini bahawa setiap 10 tahun dikaji. Lihat bagaimana persempadanan semula setiap 10 tahun dikaji dan kemudian dari aspek pendidikan pula, apa yang hendak mahu dikaji? Sedangkan keperluan mendahului keperluan.

Penciptaan peluang  pekerjaan, apa yang mahu dikaji? Sedangkan projek-projek seumpama itu mendahului keperluan. Penciptaan infrastruktur seperti lapangan terbang apa yang dikaji kerana ianya telah mendahului keperluan.

Sebenarnya, mereka yang hanya melihat dinding-dinding rumah kerana tiada kuasa lagi dan berkhayal sesuatu yang sebenarnya sedang dan akan dilaksana di Sabah.

Bagi mereka yang mengikuti perkembangan kemajuan negara berasaskan fakta yang benar, sebenarnya tiada keperluan mengkaji MA63 kerana apa-apa yang tertulis dalam MA63 itu sebenarnya telahpun dilaksanakan, malah prosesnya mendahului masa.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook