Latest News

Tuesday 10 February 2015

KEMISKINAN SABAH PUNCA SEBENAR MENYERTAI MALAYSIA

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Kita bagi sedikit fakta dan info Oleh FB Luke JS Biajin (screenshot)

BENAR Sabah kaya dengan kayu-kayan pada tahun 1970-an, namun kekayaan itu tidak semestinya mampu membangun seluruh negeri.

Membangun memerlukan kewangan yang besar, contohnya pembinaan jalan raya sepanjang 1km jalan raya memerlukan kos bersamaan 1000 ekar kayu balak. Bayangkan keluasan Sabah lebih kepada 7.362 juta hektar.

Pada tahun 70-an itu adalah penebangan hutan kayu balak secara meluas, akhirnya hutan pupus namun pembangunan tidak juga bertambah.

Minyak dan gas yang mula diterokai pada tahun 1974, pada awalnya hanya menyumbang puluhan juta dan secara perlahan-lahan meningkat kepada RM1 bilion setahun.

Pembangunan negeri yang 3/4 luas Semenanjung adalah bukan mudah. Tambahan lagi,  penempatan penduduk yang tidak setempat dan berkelompok, malahan tinggal di ceruk-ceruk.

Sabah, walaupun dikatakan sebagai negeri kaya sumber alam akan tetapi selama 40 tahun merupakan negeri termiskin di Malaysia. Ini sebabnya, kerana kerajaan yang memerintah tidak dapat membangun negeri kerana salah satunya adalah asyik-asyik disibukkan oleh orang-orang pembela rakyat kononnya seperti penyokong tegar SSKM. Oppss jangan marah!

Sudahlah Kerajaan terpaksa berbelanja ratusan juta bagi menjaga persempadanan, juga terpaksa berbelanja kerana kemasukan orang pendatang asing tanpa izin (PATI). Kini, terpaksa juga berbelanja kerana menjejaki mereka-mereka yang bergerak di bawah tanah dan subversif seperti SSKM.

Gerakan SSKM hampir sama dengan gerakan komunis sewaktu ketika dulu kerana digerakkan melalui atas angin dan dari mulut ke mulut yang tegar menyampaikan berita palsu dan fitnah.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook