Latest News

Friday 6 February 2015

KENYATAAN DATUK ISMAIL SABRI SELARI DENGAN KONSEP 1MALAYSIA

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) DATUK SERI ISMAIL SABRI YAAKOB SILA TARIK BALIK KENYATAAN BOIKOT PENIAGA CINA, KATA LDP Oleh Blog Sabah Kini Mirror (screenshot) (screenshot)

DALAM konsep 1Malaysia, Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan, kenyataan Datuk Ismail Sabri selaku Menteri Pertanian dan Asas Tani Negara yang meminta rakyat boikot peniaga yang tidak berhati perut terutama peniaga kaum cina merupakan satu pembelaan kepada para pengguna seluruh negara.

Pemimpin LDP Tenom itu kurang mengerti konsep 1Malaysia secara keseluruhan kerana melalui konsep itu, perlu dibaca '1MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN" bukannya dibaca sepotong-sepotong.

Sejak merdeka, kaum Cina menguasai hampir keseluruhan ekonomi negara yang menyangkut semua urusniaga. Para peniaga inilah yang bising sangat semasa kenaikan harga minyak dengan memberi berbagai dalih yang menyatakan bahawa mereka terpaksa menaikkan harga barangan kerana faktor itu. Semasa harga minyak dinaikkan daripada RM2.10 ke RM2.30 iaitu kenaikan 20 sen atau 9.52 peratus, namun harga barangan meningkat ke paras lebih 10 peratus.

Selepas harga minyak turun ke paras RM1.70 atau turun 26 peratus dan 19.05 peratus pula, harga barangan bukannya pula turut turun, malah menunjukkan harga dinaikkan. 

Para peniaga yang bising selepas harga minyak naik, tidak pula menyambut penurunan harga minyak dengan menurunkan harga, malah mereka mengambil kesempatan mengaut keuntungan.

Sabri mengwakili rakyat majoriti mendesak harga peniaga bertanggungjawab, namun ada pemimpin seperti pemimpin LDP Tenom itu lebih mementingkan kaumnya sendiri dan bukannya majoriti rakyat. Sorry this is true and not for the racist sentiment!

Sabri bertindak betul, sesuai dengan kedudukannya sebagai menteri dalam kabinet negara.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook