Latest News

Thursday 26 February 2015

KENYATAAN YANG TIDAK TAHU OPERASI CARI GALI MINYAK

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Minyak milik Sabah tapi kenapa kita hanya layak mendapat 5% Oleh FB Jaymie Jaimye (screenshot)

OPERASI cari gali minyak yang dilakukan Petronas adalah berasaskan kepada usaha sama dengan syarikat-syarikat besar lain. 

Operasi cari gali minyak hanya membawa keuntungan 15 peratus secara keseluruhan. Pembahagian keuntungan sama rata di antara ketiga-tiga pihak iaitu negeri pengeluar, petronas dan kerajaan persekutuan.

Petronas memerlukan bahagiannya itu untuk tujuan pelaburan semula. Manakala kerajaan persekutuan pula memerlukan bahagiannya bagi tujuan pengawalan perairan di mana operasi itu berlaku.

Pembahagian ini merupakan cukup adil kerana jika Petronas tidak mengambil bahagiannya, bagaimana untuk membuka telaga baru? Atau untuk mendokong mana-mana operasinya. Demikian juga kerajaan persekutuan, jika tidak menjaga keselamatan kawasan-kawasan operasi di mana lokasi pelantar minyak di tengah-tengah lautan, sudah tentu kawasan itu akan dicerobohi pihak luar.

Sebenarnya bahagian 5% yang diperolehi kerajaan persekutuan masih rendah berbanding kos penjagaan kawasan cari gali yang berkos antara 5-6 bilion setahun.

Sebagai catatan, keuntungan Petronas bagi setiap tahun bagi kawasan-kawasan operasi di Sabah adalah kurang RM3 bilion setahun.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook