Latest News

Wednesday 11 February 2015

KHABAR ANGIN: PEGAWAI SENIOR SKMM DI TUKAR KE SABAH?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Senior MCMC Official under probe for abuse of assets transferred to Sabah Oleh Website The Malaysia Insider (screenshot1) (screenshot2)


SATU artikel yang disiarkan melalui portal online The Malaysian Insider pada 30 Januari 2015 yang lalu, kononnya seorang pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) daripada  ibu pejabat yang bermasalah akan dihantar ke Sabah bermula 1 Mac depan.
 
Artikel itu pastinya memeranjatkan pemimpin dan masyarakat Sabah kerana mengapa Sabah menjadi tempat penghantaran pegawai yang bermasalah.

Menurut artikel itu, pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kononnnya ada menulis kepada SKMM, meminta maklumat berhubungan dengan "seseorang" pegawai kanan yang dikatakan menyalahgunakan kuasa berkaitan perolehan aset suruhanjaya itu termasuk isu nombor kenderaan bagi kegunaan peribadi.

Artikel itu juga menyebut,  pihak SPRM  ada menghantar teks pertanyaan berkaitan isu, namun tidak berjawab.

Pihak SKMM, perlu memberi maklumbalas  berkaitan isu itu. Apakah benar pihak SPRM ada menulis surat berhubung isu ini? Adakah pegawai kanan yang dimaksudkan itu memang akan dipindahkan ke Sabah pada 1 Mac 2015? Apakah jawatan pegawai senior tersebut? Pengarah, Senior Staff, Information Officer atau Project Officer? Sejauh mana kuasa pegawai tersebut sekiranya dipindahkan ke Sabah? Maklum balas ini penting kerana ianya akan mempengaruhi kepercayaan masyarakat terhadap jentera pentadbiran kerajaan.

Hingga setakat ini, belum ada maklum balas daripada pihak yang sepatutnya sedangkan pemimpin dan masyarakat Sabah masih tertunggu-tunggu.  Sekiranya isu ini sengaja  disensasikan oleh mereka yang  ini bagi mahu  menguji kredibiliti SKMM yang sememangnya banyak membantu pembangunan telekomunikasi di negeri Sabah, ianya perlu diperjelaskan juga.

Tidak mustahil sekiranya isu perpindahan pegawai bermasalah ini merupakan satu isu yang direka-reka bagi memburukkan SKMM yang dibuat oleh kumpulan tertentu bertujuan untuk melaga-lagakan kerajaan pusat dan kerajaan negeri serta sekaligus turut mempersendakan dan mengkritik keseluruhan pentadbiran kerajaan BN/UMNO. Apapun, usah berdiam diri. Ambillah tindakan ‘Berani Kerana Benar, Takut kerana Salah’.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook