Latest News

Monday 2 February 2015

KUASA PERSEKUTUAN DAN KERAJAAN NEGERI TIADA HUBUNGAN DENGAN PARTI POLITIK

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Tujuan untuk menguasai semua... Oleh FB Sabah Sarawak Keluar Malayasia (screenshot)

KUASA kerajaan sama ada Kerajaan Persekutuan dan Negeri terletak pada Perlembagaan Negara dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri/Perlembagaan Negeri.

Pelaksanaan pentadbiran sama ada peringkat persekutuan dan negeri, tiada hubungan dengan parti. 

Oleh kerana sistem pemerintahan negara berasas sistem demokrasi berparlimen, maka untuk melaksanakan sistem itu diperlukan parti-parti untuk memudahkan rakyat dengan parti mana diberikan kuasa untuk memerintah.

Parti-parti yang ditubuhkan itu perlu berdaftar dengan Suruhanjaya Pendaftar dan sudah tentunya parti-parti yang diluluskan kerana memenuhi keperluan dan syarat perlembagaan negara/negeri.

Sistem kerajaan negara memang terbahagi kepada dua iaitu Persekutuan dan Negeri. Kerajaan Persekutuan hanya dapat memutuskan sesuatu yang berkaitan dengan persekutuan, manakala negeri berkaitan dengan negeri.

Tidak benar bahawa negeri-negeri mempunyai keputusan mutlak sesuatu perkara atau tindakan yang melampaui kuasa-kuasa persekutuan seperti mana dakwaan dalam artikel ini kerana sememangnya, tiada kuasa negeri bagi melanggar apa-apa peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Sebagai contoh, sewaktu seketika pernah DUN Sabah meluluskan undang-undang anti lompat akan tetapi undang-undang itu terbatal dengan sendirinya atas sebab melanggar Perlembagaan Persekutuan. Demikian juga Undang-Undang Hudud yang diluluskan oleh DUN Kelantan dan Terengganu, mansuh dengan sendirinya kerana melanggar Perlembagaan Persekutuan.

Ertinya, berasaskan keputusan-keputusan di atas KERAJAAN yang ditubuhkan baik Persekutuan atau negeri adalah berasaskan perlembagaan Persekutuan atau negeri dan tiada hubungan dengan parti-parti politik.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook