Latest News

Thursday 26 February 2015

LAGI ISU JALAN TERPENCIL DI PITAS

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Sabah Maju dalam Malaysia Oleh FB Iseul 'Sapphire (screenshot)

KERAP kita berhujah bahawa penempatan penduduk yang tidak merata dan setempat, di mana sesebuah penempatan hanya dua tiga buah rumah sahaja dengan penduduk yang tidak ramai, menyebabkan pembinaan jalan menjadi sukar.

Kes kampung terpencil seperti di Pitas ini adalah salah satu contoh bagaimana jalan raya di penempatan terpencil belum dibina.

"Pitas merupakan daerah termiskin sejak tahun 60-an lagi. Selain itu, keluasan kawasan itu yang hampir bersamaan dengan sebesar Negeri Sembilan merupakan kendala membina jalan-jalan perkampungan".

Kawasan Pitas hanya dimenangi Umno bermula pada tahun 1994 yang sebelum itu kawasan tersebut bukan diwakili oleh wakil rakyat Umno.

Penggunaan kerbau sebagai alat pengangkutan di kawasan terpencil merupakan perkara biasa di Sabah, khususnya di mana sahaja kawasan-kawasan terpencil itu terletak.

Anti Fitnah Sabah (AFS) dimaklumkan, bahawa sebaik sahaja gambar seorang penduduk menggunakan "kangga" yang ditarik kerbau menjadi viral kerana tulisan daripada akhbar Daily Express, wakil rakyat kawasan itu iaitu Datuk Bolkiah Ismail telah mengambil tindakan susulan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook