Latest News

Monday 9 February 2015

MELALUI MALAYSIA: RAKYAT SABAH MEWAKILI KELUARGA BESAR

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Konsep persekutuan malaysia... Oleh FB Page Penindasan Terhadap Org Tempatan Sabah (screenshot)

SEHARUSNYA rakyat Sabah amat bangga kerana dapat mewakili keluarga besar Negara Malaysia di persada antarabangsa. Tun Mohd Fuad Stephens adalah orang pertama rakyat Sabah mewakili keluarga besar Malaysia sebagai duta.

Bukan Tun Fuad sahaja rakyat Sabah mewakili Malaysia di persada antarabangsa, akan tetapi ramai lagi. Terkini, Menteri Luar Malaysia adalah anak tempatan Sabah. Beliau bukan sahaja mewakili Malaysia di arena antarabangsa akan tetapi menentukan halatuju negara di peringkat global.

Mereka yang memperlekeh kemajuan rakyat Sabah apabila menyertai Persekutuan Malaysia adalah mereka-mereka yang sebenarnya "zero" kredibiliti. Mereka tidak ikut atau tumpang kepada kejayaan anak-anak tempatan mewakili keluarga besar kerana mereka gemar mewakili kalangan mereka sahaja yang hanya berupa sejemput bagaikan debu kalau ditiup angin terbanglah ia.

Majoriti rakyat Sabah berbangga dan gembira dengan persekutuan Malaysia dan atas sebab itu setiap pilihanraya, kerajaan yang merupakan sebahagian daripada Malaysia terus menang, malah parti-parti yang beraspirasi sama mendapat jolokan "fixed deposit" kerajaan.

Biasalah dalam satu kemenangan tidak semestinya 100 peratus, yang pasti ada orang-orang yang tidak senang hati kerana mereka itu bukan tergolong kepada yang boleh disandar atau boleh diharap kerana mereka itu bagaikan, "tikus membaiki labu".
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook