Latest News

Friday 6 February 2015

MENGAPA BERI MAKAN KEPADA ORANG ASING HASIL LAUT SABAH?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) DAP gesa KM Sabah tangguh cukai SST... Oleh Web Roketkini (screenshot) (screenshot)

SABAH mempunyai matlamat menjadikan negeri sebagai syurga makanan laut di rantau ini. Matlamat itu tidak akan tercapai, jika semua hasil laut berkualiti di hantar ke luar negara dan orang asing  boleh menikmati di negara sendiri.

Mengenakan SST kepada hasil laut Sabah, mempunyai tujuan serampang dua mata. Pertama, ianya agar supaya makanan laut berkualiti senantiasa tersedia dan kedua adalah sudah tentu untuk tujuan pelancongan. 

Kedatangan pelancong lebih besar impaknya kepada hasil ekonomi negeri berbanding pendapatan daripada eksport makanan laut.

Hasil tangkapan ikan daripada Sabah sebenarnya diberikan subsidi oleh kerajaan melalui subsidi minyak diesel dan bantuan sara hidup kepada para nelayan. Persoalannya, mengapa pula hasil tangkapan mereka, bukan orang tempatan yang nikmati dan sebaliknya seluruh tangkapan berkualiti dihantar ke luar negara?

Kerajaan negeri melihat ianya seperti "Anak di pangkuan mati kelaparan, kera di hutan disusukan".

Mungkin saja pemimpin DAP, mahu membela kera di hutan dan atas sebab itulah membuat desakan agar kerajaan negeri menangguhkan perlaksanaan SST bagi makanan laut bagi tujuan eksport. Hal ini kami terangkan dan dedah di sini dengan ringkas.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook