Latest News

Wednesday 4 February 2015

PENCACAI JUMAT SUDAH NAIK GILA!!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Dimana LOKASI nie... Oleh FB Alfred Chong (screenshot)

PEMILIK facebook yang diwujudkan selepas sahaja tiga (3) sayap Umno Sabah membuat keputusan sebulat suara mencadangkan Datuk Jumat Idris diambil tindakan keras oleh parti, maka muncullah pemilik facebook atas nama Alfred Chong, seolah-olah identiti berbangsa Cina tetapi menggunakan bahasa Melayu (BM) pura-pura Cina yang kurang fasih berbahasa Melayu.

Hebat juga Jumat ini, sebab konsisten dibela oleh Alfred selain Sahar, selain melemparkan dan membuat dakwaan karut. Rupanya, Jumat yang mengaku mempunyai maklumat dalaman kerana merupakan Ketua Bahagian Umno Sepanggar merangkap MP Sepanggar ternyata tidak tahu apa-apa. Tindakan beliau sama seperti dengan tindakan para pembangkang yang menggunakan peluru kapur, menembak merata-rata tanpa bukti apa-apa.

Tuduhan Alfred Chong berkaitan bumbung kaca yang runtuh di bangunan Imago Times Square, kononnya ada hubungan dengan Datuk Musa adalah dakwaan karut semata-mata.

Begini kisahnya, Times Square itu telah wujud sejak zaman kerajaan PBS, yakni sebelum BN memerintah Sabah dibawah tunjang Umno. Ini bermakna kawasan Sutera Harbour itu telah lama dimiliki. Musa hanya menjadi Ketua Menteri Sabah pada tahun 2003 dan Umno hanya bertapak di Sabah tahun 1991 dan Bn Sabah hanya mengambil alih kerajaan pada tahun 1994.

Kalau hendak menuduhpun agak-agaklah!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook