Latest News

Tuesday 3 February 2015

PERJANJIAN MALAYSIA 1963 (MA63) ADALAH DOKUMEN MUTLAK

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) REALITI BORNEO HARI INI Oleh FB Haji Julaihi Haji Suut (screenshot)

APABILA adanya Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), maka terbentuklah Persekutuan Malaysia yang mencakupi Sabah, Sarawak dan Tanah Melayu/Malaya. 

Meskipun, suatu ketika Singapura juga bersama-sama dalam Persekutuan Malaysia, namun melihat bahawa kehadiran Singapura lebih membawa impak negatif kepada hubungan antara kaum dalam negara, maka Singapura ditendang pada tahun 1965.

Keharmonian kaum amat penting dalam negara yang berbilang kaum dan pelbagai kepercayaan agama seperti Malaysia. Untuk itu, sebarang gejala yang mengarahkan kepada porak-peranda perlu dibendung daripada awal-awal lagi kerana kalau api semakin besar, terlalu sukar untuk memadamkannya.

Dalam perlembangaan Malaysia telah diambilkira memorandum-memorandum termasuklah Perkara 20 dan 18. Namun, selepas Perlembangaan itu telah menjadi lengkap dan menyeluruh, maka dokumen yang digunapakai adalah Perlembagaan itu sendiri.

Perlembagaan itu juga berasaskan kepada Perjanjian Malaysia 1963 dan perjanjian itu adalah mutlak kerana itulah asas pembentukan negara. Sesiapa yang mahu mengubah pengertian atau mengubah interprestasi perjanjian itu adalah dengan satu usaha mengubah sejarah dan seharusnya ianya tidak boleh berlaku kerana Sejarah tetap sejarah!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook