Latest News

Wednesday 25 February 2015

PERTUKARAN PANGGILAN TYT SABAH

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Siapa DERHAKA dengan TYT SABAH... Oleh FB Doris Jones (screenshot)

PERTUKARAN panggilan Tuan Yang Terutama Sabah berlaku pada tahun 1976, iaitu 13 tahun selepas Sabah (North Borneo) menyertai Pembentukan Persekutuan Malaysia.

Semasa pembentukan itu, memang ada tercatat bahawa setiap 10 tahun akan ada kajian atau perubahan terhadap istilah-istilah atau panggilan dan gelaran.

North Borneo semasa dimerdekakan oleh British pada 31 Ogos 1963 bukan dipanggil negara akan tetapi INTERNAL SELF-GOVERNMENT of State of North Borneo.

Semasa YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj masih Perdana Menteri, memang beliau tidak mengubah panggilan-panggilan apabila perkataan "state" yang semestinya bererti "negeri" diterjemahkan kepada "negara". Pada masa itu, ramai rakyat Malaysia apabila pergi ke negara-negara lain, mereka kerap menggunakan istilah "ke luar negeri"  di mana maksud sebenarnya ke luar negara.  Pada tahun 1976, diperbetulkan istilah itu. Asas inilah yang digunapakai apabila nama TYT Sabah menjadi Tuan Yang Terutama Dipertua Negeri kemudian istilah "ke luar negeri" juga di tukar "ke luar negara".
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook