Latest News

Monday 16 February 2015

RESPON Isu Pemilikan Tanah Felda, Lahad Datu KEPADA BLOG SUARA BEBAS TUARAN

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Mahkamah Isytihar Pemberian Hakmilik... Oleh Blog SUARA BEBAS TUARAN (screenshot) (screenshot) (screenshot)

BLOGGER tersebut bagaikan menembak merata tempat, tanpa mengetahui asal duduk pangkal cerita. Menuduh Musa, kononnya tidak membela permasalahan pemilikan tanah antara pihak-pihak tertentu dengan rakyat.

Blogger itu, tidak dapat membaca bahawa sudah dua (2) kes yang melibatkan swasta dan penduduk yang dibawa ke mahkamah telah dimenangi oleh penduduk sendiri. Dan yang terbaru adalah berkaitan penduduk lawan FELDA yang melibatkan 650 ekar di kawasan Felda Sahabat 22.

Jika blogger itu membuat analisa sedikit, maka dia akan mengetahui bahawa kerajaan di bawah Musa, sangat menitikberatkan kepentingan rakyat sebagai contoh isu perebutan tanah yang berlarutan bermula tahun 1972 akhirnya selesai yang berpihak kepada rakyat.

Kerajaan negeri di bawah teraju Musa, memperkenalkan geran komunal yang tujuannya untuk mengelak penjualan tanah oleh rakyat asal kepada pihak tertentu. Bayangkan, geran tanah seluas lebih 1.4 juta hektar telah bertukar tangan sejak 50 tahun lalu. Malangnya, seharusnya mereka yang tidak memiliki tanah itu, menggunakan proksi tempatan untuk memiliki tanah 'Native Title' (NT).

Blogger tersebut, cuba menjadi adiwira dihujung jari dan mengulas sendiri tanpa asas yang benar. Sudah tentu tujuannya hanya untuk mengeliru atau mungkin mensensasikan isu tersebut untuk menambah hits trafik blognya serta menarik minat pembaca membaca tulisannya.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook