Latest News

Thursday 26 February 2015

SABAH MISKIN KERANA 'POLITICKING'!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Apa pun kesian rakyat Sabah dan Sarawak Oleh FB James Ligunjang (screenshot)

MEMANG Sabah merdeka bermula tahun 1963. Akan tetapi usaha pembasmian kemiskinan  hanya bermula pada tahun 2003.

40 tahun adalah tahun yang sia-sia. Mengapa 40 tahun itu sia-sia? Kerana  kerapnya perubahan kerajaan.

Setiap kerajaan yang mengganti hanya menebang hutan dan bukannya mencari jalan untuk membangun negeri. Hanya pada tahun 1976 sehingga 1985, berlakunya pembangunan untuk Sabah di mana pada masa itu, banyak agensi kerajaan ditubuhkan selain kerancakkan ekonomi juga yang turut membuka peluang pekerjaan.

Namun pada tahun 1985 sehingga 1994, di mana James Ligunjang salah seorang pemimpin kerajaan masa itu, bukannya beliau meneruskan untuk menggiat serta meningkatkan ekonomi Sabah, sebaliknya menjual agensi-agensi kerajaan dan akibatnya peluang pekerjaan bagi rakyat Sabah berkurang. Jika rakyat tiada sumber pendapatan, ini bererti akan digolongkan sebagai kategori menganggur yakni tidak berduit dan bernafkah

Faktor inilah yang menyebabkan purata rakyat Sabah jadi miskin. Ini adalah secara puratanya dan ini juga adalah salah satu hint Anti Fitnah Sabah (AFS) ingin mewar-warkan kepada umum apakah yang telah dia lakukan sewaktu berkuasa sewaktu ketika dulu. Dont you think we dont know, James? Dan ada banyak lagi....

Jika iapun Sabah kaya dengan sumber asli, sekiranya kekayaan itu tidak sampai kepada rakyat melalui peluang pekerjaan, maka semuanya adalah tidak bererti. Sebaliknya, yang kaya adalah ahli-ahli politik yang mendapat konsesi penembangan hutan. Inilah yang berlaku antara tahun 1985 hingga 1994. "Siapa makan lada, dialah yang terasa pedas!"

Kini, Sabah tiada kayu balak lagi, namun ketiadaan kayu balak itu masih mampu kerajaan yang peka kepada permasalahan rakyat untuk mengurangkan kadar kemiskinan secara perlahan-lahan. Tahun 2012, kadar kemiskinan Sabah hanya 8.1 peratus berbanding tahun 2009 iaitu 19.8 peratus dan tahun-tahun kebelakangan adalah mencecah di atas 40 peratus.

Sememangnya rakyat Sabah sungguh marah kepada tindakan Dr. Jeffrey dan James Lingunjang kerana hanya mampu menebang hutan Sabah, namun hasilnya sama sekali tiada untuk rakyat.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook