Latest News

Friday 6 February 2015

SEJARAH PESTA OLIMPIK 1956

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Participating National Olympic Committees Oleh FB James Ligunjang (screenshot)

SEMASA North Borneo menyertai Pesta Olimpik Melbourne, Austarlia,  wilayah itu masih jajahan British. Demikian juga Malaya dan Singapura.  Sebenarnya, konsep olimpik adalah pesta sukan yang melibatkan wilayah-wilayah di seluruh dunia, termasuklah wilayah jajahan. Peserta olimpik tidak semestinya berasaskan negara, akan tetapi berasaskan kemampuan peserta.

Untuk memudahkan penganjuran semasa pertandingan, maka bendera daripada mana-mana peserta itu digunakan.  Dalam 'caption' itu, sebenarnya bendera Malaya bukanlah jalur gemilang akan tetapi berasaskan MERAH-KUNING-HITAM dengan lambang harimau di tengah-tengahnya. Semasa Olimpik Melbourne, Malaya belum merdeka demikian juga Singapura.

Kenyataan James Ligunjang menyamakan kedudukan North Borneo dengan German, sebenarnya kenyataan nakal kerana hanya menilai kepada peserta Olimpik. Tiada definsi mana-mana yang menyatakan bahawa setiap peserta itu, Olimpik menunjukkan sama taraf dalam segi kenegaraan. Sukan olimpik adalah himpunan manusia yang mempunyai kelebihan daripada segi sukan. Tujuan olimpik itu sendiri adalah himpunan pelbagai bangsa manusia tanpa sempadan untuk mengeratkan perpaduan global.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook