Latest News

Monday 23 February 2015

TIADA SEJARAH PERBALAHAN KAUM DAN AGAMA DI SABAH

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Ini MR REVIEW a.k.a Musa Aman... Oleh FB Doris Jones (screenshot)

SABAH, sejak bermulanya kemerdekaan tiada masalah agama atau kaum. Oleh sebab itu, dikalangan bumiputera sendiri ada yang membawa nama "siang" malah telah wujud satu "suku" baru iaitu "sino". Of course jika hari ini, ianya suku kaum yang telah dikenali.

Toleransi antara agama dan suku kaum bangsa memang terjalin di Sabah sejak lebih 50 tahun malah lebih daripada itu.

Kenyataan Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Haji Aman pada perayaan Tahun Baru Cina minggu lalu, bahawa di Sabah tiada ruang ketaksuban kaum atau agama adalah memang tepat kerana itulah yang berlaku dan sedang berlaku di Sabah.

Bagi rakyat Sabah sebenar, kenyataan Ibrahim Ali sebenarnya hanya berkesan kepada mereka yang kurang pemahaman berkaitan sejarah negeri dan mereka yang terikut-ikut. Juga, diapi-apikannya serta ditambah rempah ratus oleh pihak tertentu untuk tujuan politik.

Di Sabah, masalah suku kaum sebenarnya tidak wujud akan tetapi disebabkan tujuan politik, maka ada pihak-pihak yang menghasut seperti mana yang dilakukan oleh kumpulan SSKM yang dipelopori Doris Yap aka Doris Jones.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook