Latest News

Monday 9 February 2015

TIADA YANG DIANAK'TIRIKAN' DALAM NEGARA!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Sipaun: New Constitution can end unhappiness in Borneo Oleh Blog Sabah Kini Mirror (screenshot) (screenshot)

SETIAP rakyat negara ini mempunyai peluang yang sama. Tiada yang dianaktirikan. Meskipun demikian, rakyat Sabah dan Sarawak diberikan status istimewa kerana bebas keluar masuk ke Semenanjung, manakala rakyat Semenanjung pula perlu menggunakan passport untuk ke Sabah dan Sarawak.

Rakyat Semenanjung kalau berkerja di Sabah dan Sarawak perlu permit kerja, manakala rakyat Sabah dan Sarawak bebas berkerja di Semenanjung. Selain itu, rakyat Sabah dan Sarawak juga bebas memiliki tanah di Semenanjung, manakala tidak sebaliknya.

Pembentukan negara berlaku pada 16 September 1963 dan persoalan sekali lagi mengapa hanya pada hari ini, selepas 51 tahun ada yang TEGAR mempertikai sesuatu yang telah dipersetujui yang lebih setengah abad lalu?

Mantan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Tan Sri Simon Sipaun seolah-olah telah mengigau (maaf terkasar bahasa... but it is true), sedangkan beliau seorang pentadbir Sabah yang berkedudukan nombor satu. Namun, sepanjang perkhidmatannya, tidakpun satu perkara pernah beliau menyuarakan, apa yang disuarakan sekarang.

Kenyataan beliau, seolah-olah mempertikai sesuatu yang sudah lama dipersetujui, bukankah beliau sama dengan mempersoalkan mengapa beliau dilahirkan atau mempersoalkan mengapa ibu mengandung?!!

Inilah masalahnya, jika orang seperti beliau berfikir semula yang setelah sekian lama menikmati kemerdekaan.

Kenyataan Simon, hanya merupakan kenyataan "after thought" yang hanya mengelirukan dan sebenarnya kenyataan politik yang hanya mahu mendapat sokongan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook