Latest News

Monday 23 February 2015

UMNO SABAH TIDAK MEMPERKUDAKAN SESIAPA

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) <Selita Kadai Kupi>... Oleh FB Alfred Chong (screenshot) (screenshot)

CARA kerja Umno Sabah adalah berpasukan dan dipimpin oleh Ketua yang SATU. Tiada istilah "kuda-mengkuda". Hanya tafsiran pengikut Datuk Jumat Idris sahaja sejak akhir-akhir ini menembak merata tempat kerana sudah terasa bahangnya bahawa cara kepimpinan beliau adalah bukan berasaskan kepada setia kawan akan tetapi seperti gunting dalam lipatan.

Kenyataan Datuk Rahim Ismail berhubung dengan tindak-tanduk dan dakwaan Jumat sebagai tiada justifikasi, sebenarnya sealiran dengan pendapat atau perasaan majoriti ahli Umno termasuk para pemimpinnya. Dan Rahim menyuarakan isi hati ahli majoriti Umno itu.

Oleh kerana kenyataan Rahim itu, para penyokong Jumat mengarahkan bom meriam mereka kepada Ketua Bahagian Papar itu. Giliran berikutnya, entah siapa lagi menjadi sasaran peluru bom kapur mereka.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook