Latest News

Tuesday 17 February 2015

UMNO TERPAKSA AMBIL ALIH TANGGUNGJAWAB

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) YB batu tersedar infrastruktur sekolah... Oleh FB Page 1 Suara Sabah (screenshot)

SABAH merdeka pada tahun 1963. Sejak pada tarikh itu, Sabah diperintah oleh parti tempatan. Hanya bermula pada tahun 1994, Umno memerintah bersama-sama beberapa komponen parti.

Memang pendidikan adalah tanggungjawab kerajaan persekutuan. Namun, keluasan Sabah yang luas dan berseleraknya taburan penduduk, maka penyediaan sekolah-sekolah terutama di luar bandar agak tidak begitu moden berbanding dengan kawasan bandar dan pinggir bandar.

Kualiti sesebuah sekolah di bandar dan pinggir bandar hampir sama taraf dengan sebuah kolej. Kualiti, besar atau modennya sesebuah sekolah itu bergantung kepada jumlah murid. Jika jumlah murid hanya berlegar-legar pada puluhan setiap tahap, biasanya kerajaan menyediakan sebuah sekolah jenis kayu, dan apabila jumlah murid semakin bertambah. Maka dibina sebuah bangunan jenis tetap yang diperbuat daripada konkrit. Inilah yang berlaku kepada sekolah-sekolah luar bandar. 

Walaupun tiada gesaan untuk menaik taraf sekolah-sekolah luar bandar, penaiktarafan akan terus berlaku. Hal ini kerana, polisi jabatan itu adalah bergantung kepada pertambahan jumlah pelajar/murid di setiap sekolah.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook