Latest News

Friday 13 March 2015

BATU SUMPAH HANYA SIMBOLIK

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Batu Sumpah di Keningau telah... Oleh FB Luke JS Biajin (screenshot)

APA yang tertulis pada BATU SUMPAH yang dilancarkan setahun selepas Sabah bergabung dengan Sarawak, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu hanya merupakan simbolik penerimaan penduduk pedalaman berkaitan pembentukan Persekutuan Malaysia.

Apa yang tertulis pada Batu Sumpah itu, bukannya satu perjanjian antara kerajaan Sabah dengan Kerajaan Persekutuan.

Perjanjian Pembentukan Persekutuan Malaysia sebenarnya adalah antara Kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, North Borneo (Sabah), Sarawak dan Singapura melalui satu perjanjian yang ditandatangani pada 9 Julai 1963, di mana kemudiannya dikenali sebagai Perjanjian Malaysia 1963 (Malaysian Agreement 1963 atau singkatannya MA63).

Sejarah Batu Sumpah di Keningau itu, dapat ditelusuri melalui laporan suruhanjaya Lord Cobbold, di mana latar belakang batu sumpah itu adalah untuk memenuhi adat resam penduduk pedalaman yang dizahirkan melalui satu memorandum yang dikemukakan oleh Pengerusi United National Kadazan Organisation (UNKO) cawangan Keningau.

Dalam laporan Cobbold itu juga, tidak dijelaskan kelanjutan berkaitan batu sumpah itu kerana memang pada asasnya, ianya hanya satu simbolik penerimaan penduduk pedalaman terhadap pembentukan negara baru.

Pembentukan Malaysia sebenarnya banyak diasaskan kepada Perkara 20 bagi Sabah dan Perkara 18 bagi Sarawak. 

Ini fakta sebenar dan bukannya spin-spin macam pembangkang yang gemar melakukan provokasi di dunia maya seperti yang kita lihat sehingga hari ini.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook