Latest News

Friday 20 March 2015

BATU SUMPAH MEMANG SIMBOLIK

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Pemimpin NGO, pembangkang sokong Nancy... Oleh FB Page 1 Suara Sabah (screenshot)

TIADA catatan sejarah berkaitan Batu Sumpah yang menjadi asas kepada Pembentukan Persekutuan Malaysia.  Pembentukan Malaysia berasaskan kepada laporan IGC dan Perkara 20. Sementara Batu sumpah yang dirasmikan pada 31 ogos 1964, setahun selepas negara dibentuk merupakan keputusan "after thought" oleh penduduk pedalaman selepas kemerdekaan.

Kenyataan YB Puan Hajah Nancy Shukri Menteri di Jabatan Perdana Menteri di dewan rakyat bagi menjawab pertanyaan MP Putatan, bersesuaian dengan semangat pembentukan Persekutuan pada 31 Ogos 1963 ekoran temuan-temuan sebelum negara diwujudkan.

Perjanjian Malaysia ditandatangani di London pada 9 Julai 1963. Selepas perjanjian itu, sebarang kemuskilan hanya dianggap sebagai isu yang difikirkan semula.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook