Latest News

Monday 23 March 2015

CADANGAN DAN PENDAPAT: MUSA AMAN PENASIHAT EKONOMI NEGARA?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Musa Layak dilantik antara penasihat ekonomi negara Oleh FB Jo Nandu (screenshot)

SESIAPAPUN layak memberi pendapat berkaitan kredibiliti Datuk Seri Musa Aman.  Apakah pendapat itu diterima ramai? Itu soal lain.

Cadangan NGO seperti yang disiarkan di akhbar Daily Express, Musa layak sebagai salah seorang penasihat ekonomi negara adalah hanya cadangan NGO itu. Melihat kepada pencapaian Musa dalam dunia perniagaan sebelum beliau berkecimpung dalam dunia politik adalah merupakan asas kepada cadangan itu.

Pencapaian Musa selepas dilantik sebagai ketua menteri, keupayaan beliau dapat dilihat dengan menambah simpanan kewangan negeri dan peningkatan bajet/belanjawan negeri yang cukup membanggakan.

Pencapaian itu, sebenarnya sesuatu yang sukar diramal kerana Sabah telah kehilangan banyak sumber kewangan tradisinya iaitu daripada sumber balak.

Kehilangan itu bukan sahaja disebabkan kawasan balak yang semakin berkurang, akan tetapi keputusan Musa untuk memansuhkan sebarang pengeluaran lesen pembalakan bagi kawasan-kawasan baru.

Pendapatan daripada balak, menurun sekali daripada lebih RM1 bilion setahun kepada hanya sedikit di atas RM100 juta setahun. Pendapatan Sabah selain daripada royaliti minyak sebesar hampir RM1 bilion setahun, bakinya yang kira-kira lebih RM 3bilion setahun bersumber daripada pelbagai sektor termasuk pelancongan.

Dengan perancangan kewangan yang mapan, maka kerajaan negeri senantiasa mendapatkan target perolehan tahunannya malah Ketua Audit Negara memberikan clean bill saban tahun sejak sedekad yang lalu.

  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook