Latest News

Monday 9 March 2015

DAKWAAN BUTA SEJARAH DAN FITNAH LIAR MUSA AMAN!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) MASA DEPAN NEGARA BANGSA... Oleh FB Nurliyana Abdullah (screenshot)

TAHUKAH anda, bahawa pembangunan Sabah bermula tahun 2003?!! Tahukah anda, sebelum itu kewangan Sabah hanya RM100 juta? Tahukah anda sebelum itu kadar kemiskinan Sabah di atas 40 peratus? Tahukah anda, bahawa bajet Sabah hanya sedikit iaitu di atas RM1 bilion? Keadaan itu sebelum Datuk Musa Aman dilantik sebagai Ketua Menteri.

Dalam tempoh 10 tahun, selepas Musa dilantik sebagai Ketua Menteri, rizab kewangan Sabah meningkat di atas RM3 bilion. Bajet Sabah meningkat ke atas RM3 bilion, malah mencipta rekod pada tahun 2013 dan 2014 dengan jumlah di atas RM4 bilion.

Kadar kemiskian telah turun kepada 8.1 peratus pada tahun 2012 dan kini diperkirakan dalam lingkungan 7 peratus.

Pelbagai projek mega dibina untuk Sabah khususnya berkaitan dengan industri minyak dan gas, perladangan, perikanan dan pelancongan yang telah mewujudkan ribuan peluang pekerjaan berkualiti.

Mereka yang berhijrah di Semenanjung, bukan mereka yang terlatih akan tetapi mereka yang telah tercicir dalam dunia pendidikan kerana kesilapan sendiri. Mereka bekerja sebagai pegawai keselamatan, operator kilang dan pelayan-pelayan di restoran atau perhotelan.

Di Sabah, mereka enggan bekerja demikian kerana malu dan segan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook