Latest News

Monday 23 March 2015

DASAR KABOTAJ HANYA PENGANGKUTAN BARANGAN DALAM NEGARA

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Ramai orang Malaya dan pencacai 'Topeng Malaysia' kata orang Sabah dan Sarawak tidak bersyukur atas kemajuan Malaysia... Oleh FB Datuk Seri Chazy Chaz (screenshot)

DASAR kabotaj hanya meliputi pengangkutan barangan dalam negara sahaja. Jika tiadapun dasar itu, kos pengangkutan pelabuhan tetap sahaja dibayar kepada kapal pengangkut. Bezanya melalui dasar kabotaj, kos pengangkutan dibayar kepada pihak perkapalan negara.

Mereka yang mempunyai pengertian negatif berkaitan dasar kabotaj negara, sebenarnya tidak mahu agar syarikat perkapalan negara maju atau dapat bersaing dengan syarikat perkapalan luar negara. Ini adalah realitinya!

Dasar kabotaj selain mengelak pengaliran wang negara ke luar juga dapat menghidupkan syarikat perkapalan negara kita sendiri. Kita kena ingat, mereka-mereka yang menjadi tentera laut, ablebody atau jurumudi kapal itu adalah rakyat Malaysia.

Mereka yang anti kepada dasar kabotaj, sebenarnya mahu agar mereka yang berkerja pada syarikat perkapalan negara akan kehilangan punca pencarian.

Dasar kabotaj juga bermatlamat kepada isu keselamatan. Sebagai contoh, jika ada peperangan di kawasan ini yang tidak diingini berlaku sudah tentu kapal asing tidak akan bersedia mengangkut barangan. Jikalaupun ya, sudah pasti dengan syarat tambang dan insuran yang cukup tinggi.

Keadaan ini pernah berlaku semasa perang teluk. Kos pengangkutan laut hampir 10 kali ganda harganya kerana syarikat perkapalan mengenakan tambang dan insuran yang tinggi pada ketika itu.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook