TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:
(i) EMPANGAN KAIDUAN... Oleh FB Micheal Frederick (screenshot)
KRISIS air tidak dapat dielak. Untuk berdepan masalah ini, maka perlu ada perancangan lebih awal. Sebagai contoh, jika tidak dibina empangan Babagon, mungkin Sabah sekarang mengalami seperti keadaan di Selangor.
Sabah perlu mengatur sumber airnya menjelang tahun 2030 kerana menurut laporan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam tempoh 30 hingga 35 tahun daripada sekarang, dunia akan berdepan dengan krisis air.
Bagi menjawab keperluan penduduk dan industri, ia bukan sahaja empangan Kaiduan yang perlu dibina tetapi empangan Tambatuon di Kota Belud perlu juga dibina.
Kedua-dua empangan itu mendapat bantahan daripada beberapa NGO yang condong kepada parti pembangkang. Mereka mempunyai kecenderungan agar rakyat protes kepada kerajaan jika krisis air berlaku di masa depan.
0 comments:
Post a Comment