Latest News

Monday 2 March 2015

FAKTA: NISBAH PERUNTUKAN BUKAN BERASAS KELUASAN

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) SEKOLAH ASAS DI SABAH... Oleh FB Ismaily Bungsu C (screenshot) (screenshot)



MEMANG keluasan Sabah dan Sarawak mewakili 45 peratus keluasan negara namun penduduk kedua-dua negeri itu hanya mewakili 22 peratus. 

Berasaskan kepada perlembagaan, asas peruntukan adalah jumlah orang dan bukannya berasaskan keluasan tempat.

Dalam ilmu ekonomi, memang diakui bahawa perkembangan ekonomi bergantung kepada kekuatan pasaran. Kekuatan pasaran bergantung kepada jumlah pengguna. 

Juga dalam ilmu ekonomi atau kewangan, semakin cepat wang bertukar tangan, maka impak bergandanya semakin tinggi. Sebaliknya, semakin lambat wang bertukar, maka ini menggambarkan kelemahan sesebuah ekonomi negara. Jangan salah tafsir dengan tabung kewangan yang dihubungkan dengan kekayaan negara.

Bagi pasaran terbuka, sektor ekonomi cepat berkembang jika ada banyak faktor penggeraknya. 

Suatu masa dulu, ekonomi Sabah hanya digerakkan oleh kayu balak dan sektor tertutup sehingga penyebab kepada kemiskinan Sabah tidak dapat dielakkan. Dalam tempoh masa 40 tahun yang sia-sia yang hanya bergantung kepada balakpun masih majoriti rakyat tetap berada di tahap kadar kemiskinan.

Hanya bermula tahun 2003, apabila balak bukan lagi sumber pendapatan negeri, Sabah mula mengorak langkah. Bajet meningkat, simpanan kewangan meningkat! Dengan rancaknya pembangunan sekaligus kadar kemiskinan turun ke paras satu digit.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook