Latest News

Thursday 26 March 2015

HUDUD DAN QISAS PAS KELANTAN

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Parti Komponen BN Sabah dicabar... Oleh FB Page The future of Sabah/Sarawak and the Federation of Malaysia (screenshot)
(ii) What will they do with the 12 ADUN... Oleh FB Darell Leiking (screenshot)

KERAJAAN pusat yang diterajui UMNO belum membuat sebarang pendirian berhubungan dengan Hudud dan Qisas Pas Kelantan yang telah diluluskan oleh DUN Kelantan minggu lalu.

Sokongan Adun Umno pada enakmen itu, tidak menggambarkan sokongan kerajaan pusat kerana ianya masih bersifat setempat.

Kerajaan pusat sebelum membuat pendirian perlu melihat perlembagaan negara dan sosio-negara secara keseluruhan.

Permintaan YB Darell Leiking, agar parti-parti komponen BN Sabah membuat pendirian, sudahpun terjawab apabila semua parti yang bukan berasas Islam telah menyatakan tidak akan menyokong usul persendirian Pas itu apabila dibentangkan di Dewan Rakyat.

Cadangan MP Penampang itu, agar supaya BN jangan menggunakan "conscience" sebaliknya "YES" atau "NO" kemungkinan besar akan dipertimbangkan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook