Latest News

Thursday 5 March 2015

INDUSTRI PETROLEUM NEGARA

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Dalam Akta Petroleum 1974 Akta 144... Oleh FB Luke JS Biajin (screenshot)

DASAR Petroleum Negara telah digubal pada tahun 1975 setelah Akta Pembangunan Petroleum (PDA) diluluskan.

Dasar ini bertujuan untuk mengawal selia industri minyak dan gas untuk memenuhi keperluan pembangunan ekonomi negara. Berikut adalah antara matlamat-matlamat penggubalan dasar tersebut:

Menyediakan bekalan yang mencukupi pada harga yang berpatutan untuk menyokong objektif pembangunan ekonomi negara dengan demikian sumber-sumber minyak dan gas untuk keperluan negara diletakkan sebagai keutamaan.

Menggalakkan penyertaan Malaysia dengan lebih meluas disamping memastikan iklim pelaburan yang baik termasuk membuka peluang untuk industri-industri downstream; dan
Memastikan kesan sosial dan ekonomi yang optimum dalam penerokaan sumber-sumber minyak juga gas yang mudah kehabisan dengan mengambil kira keperluan bagi pemuliharaan aset-aset yang semakin berkurangan serta perlindungan alam sekitar.

Dengan penubuhan PETRONAS melalui Akta Pembangunan Petroleum pada tahun 1974, sektor minyak dan gas untuk industri tenaga telah diperkemas bagi memastikan penyertaan Malaysia dengan lebih meluas dalam pemilikan, pengurusan mahupun kawalan terhadap aktiviti-aktiviti serta sumber-sumber minyak dan gas. Semua ini dilaksanakan melalui pengenalan sistem production-sharing contracts (PSC) bagi menggantikan sistem konsesi.

PETRONAS yang ditubuhkan di bawah Akta Pembangunan Petroleum (1974), sebagai perusahaan kepunyaan negeri (SOE) yang mempunyai hak eksklusif pemilikan, penerokaan dan pengeluaran yang terletak di bawah bidang kuasa Perdana Menteri dan bertanggungjawab bagi perancangan, pelaburan dan kawal selia bagi semua aktiviti upstream.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melalui Peraturan Petroleum 1974 (Pindaan tahun 1975 dan 1981), diberi kuasa untuk mengawal selia semua aktiviti downstream. MITI bertanggungjawab bagi pengeluaran lesen-lesen untuk pemprosesan dan penapisan petroleum juga pembuatan produk-produk petrokimia, sementara KPDNKK mengeluarkan lesen untuk pemasaran dan pengagihan produk-produk petroleum.

PETRONAS, yang terlibat di dalam Production Sharing Agreement bersama-sama syarikat petroleum yang lain bertanggungjawab meneroka serta membangunkan sumber-sumber petroleum.

Antara syarikat-syarikat utama yang terlibat dalam production sharing contracts bersama-sama PETRONAS adalah seperti berikut:

Petronas Carigali Sdn Bhd
Esso Production Malaysia
Shell Sabah Selatan
Nippon Oil
Lundin Malaysia
Sabah Shell Petroleum
Sarawak Shell Berhad
Sante Fe Energy Resources
AMERADA HESS
YPF Malaysia
Mitshibishi Corporation
Murphy Sarawak
Mobil
JAPEX
NORSK Hydro

Downstream

AKTIVITI PEMAIN INDUSTRI

Penapisan Minyak Mentah         
•    Petronas Penapisan (Terengganu) Sdn. Bhd.
•    Petronas Penapisan (Melaka) Sdn. Bhd.
•    Esso
•    Shell

Jualan Runcit Produk Petroleum              
•    Petronas Dagangan
•    Shell Trading
•    Esso Malaysia
•    Caltex

Pemprosesan, Penghantaran dan Pemborongan Gas Asli 
•    Petronas Gas Bhd.
•    Peruncitan Gas Asli        
•    Gas Malaysia Sdn. Bhd.

Penghantaran minyak Mentah dan Produk Petroleum          
•    Manufacture of Liquefied Natural Gas
•    Malaysia LNG
•    Shipping of LNG

Melihat kepada penyertaan yang mencakupi semua pemain dalam industri minyak yang melibatkan negeri-negeri di mana minyak dan gas diperolehi dengan sendirinya mengakui bahawa industri minyak negara bukan sahaja bersifat nasional akan tetapi bersifat global.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook