Latest News

Thursday 5 March 2015

ISU LAPUK REFERENDUM

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Kini semua hanya tinggal sejarah... Oleh FB Page Sabah Sarawak Keluar Malaysia – SSKM (screenshot)

APA yang dipersoalkan berkaitan isu yang bukan lahirnya daripada Tan Sri Pairin Kitingan semasa menjadi Ketua Menteri.

Pairin dengan terang menjelaskan bahawa cadangan referendum itu bukan berasal daripada beliau akan tetapi ianya daripada Tan Sri George Chan, Timbalan Ketua Menteri Sarawak (mantan). Semua tahu bahawa George Chan kalah teruk pada pilihan raya negeri Sarawak ke-11 pada tahun 2011.

Pemimpin politik jika tersilap langkah, maka nasibnya akan ditentukan rakyat sendiri. George Chan mencadangkan referendum, akhirnya rakyat Sarawak sendiri menolaknya.

Apa yang didapati oleh SSKM berkaitan isu ini sedangkan majoriti rakyat tidak bersetuju. Ini terbukti, apabila pemimpin yang mencadangkan idea referendum semuanya ditolak rakyat.

Sama dengan tindakan SSKM, majoriti tidak setuju dan hanya kurang daripada 50 orang sahaja yang bersetuju. 

Penyokong SSKM yang mempergunakan siber bukan ramai tetapi nampak seperti ramai kerana mereka menggunakan akaun-akaun palsu dan konsisten memviralkan apa-apa posting hasutan dan fitnah mereka.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook