Latest News

Thursday 12 March 2015

ISU SESB: MENCABAR DAN BIDASAN MP SANDAKAN TERHADAP MAXIMUS TIDAK RELEVAN

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) WONG CABAR MAXIMUS LETAK JAWATAN JIKA TERUS MENYUSAHKAN RAKYAT Oleh sabahkini mirror (screenshot) (screenshot)

CUBA bayangkan, harga barangan yang berkaitan dengan harga minyakpun tidak diturunkan oleh peniaga semasa harga minyak turun, di mana sebelumnya didakwa oleh mereka bahawa harga barangan tersebut terpaksa dinaikkan kerana faktor harga minyak yang naik.

SESB, hanya faktor minyak dan gas sahaja didapati dalam negara sedangkan hampir semua komponen utama diimport daripada luar. 

Kutukan daripada MP Sandakan mengenai isu modal SESB dan peranan Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili selaku Menteri Tenaga, Teknologi Hijau & Air membidas dan mencabar beliau agar meletak jawatan kerana tidak berupaya menjaga kepentingan rakyat adalah tuduhan tidak berasas. Persoalannya, bolehkah SESB menyalurkan bekalan elektrik jika tidak mempunyai modal yang tinggi sesuai dengan kos pemaju rumah? Bolehkah SESB menyelenggara semua jana kuasa atau peralatan, jika tiada modal yang besar? Dan bolehkah SESB menggantikan peralatan yang rosak jika tiada modal yang banyak?

SESB merupakan pembekal elektrik secara monopoli walaupun ada IPP yang dibina untuk menyalurkan bekalan kepada SESB bagi menampung bekalan kepada pengguna.

Cabaran MP Sandakan, hanya suatu tindakan kurang bijak dan tidak relevan serta tidak berasas yang hanya tahu melemparkan tuduhan liar. Anda kena fikir kesemua aspek yang melibatkan kos dan modal untuk memastikan kesemua proses dan saluran bekalan berada dalam keadaan yang konsisten untuk kesejahteraan semua. Juga, tiada isu yang melibatkan kos di Sabah adalah tinggi berbanding di Semenanjung di mana kenyataan tersebut dikeluarkan daripada Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sabah (SHAREDA).

MP Sandakan betul-betul membuat kenyataan sembarangan di sini. Kenapa tidak periksa berapa nilai kos pemaju dan saluran elektrik di Pulau Pinang? Adakah Pulau Pinang di bawah pentadbiran Umno/BN? Pulau Pinang itu negeri yang berada di Semenanjung atau tidak? Nah! Kenakan sebiji! Jangan marah but you are wrong!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook