Latest News

Saturday 21 March 2015

KAD PENGENALAN PALSU DIDAPATI DI KENINGAU

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Dulu si pairin menentang tapi kini... Oleh FB Page The future of Sabah/Sarawak and the Federation of Malaysia (screenshot)

KENINGAU bukan daerah yang mempunyai PATI tertinggi, akan tetapi melalui operasi yang lalu telah didapati pemilik kad pengenalan palsu adalah terbanyak dijumpai di kawasan itu.

Pengertian tumpuan PATI dengan individu yang mempunyai kad pengenalan palsu adalah  berbeza. Kenyataan daripada Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah telah tersalah lapor dan ditafsir oleh pihak media tempatan. Ini punca berlakunya salah tafsiran yang telah diwartakan sebelum ini setelah data sebenar telah diumumkan.

Masalah kad pengenalan yang diberikan kepada mereka yang tidak layak pada tahun 70-an yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu di jabatan pendaftaran telah mengakibatkan 22 pegawai jabatan itu ditahan di bawah akta keselamatan negeri bermula tahun 1995. Selepas siasatan, semua kad pengenalan yang terlibat telah dibatalkan. (Kenyataan Datuk Ismail di akhbar Daily Express pada 21 Mac 2105)

Masalah yang ada sekarang adalah MyKad palsu yang nampak seperti asli tetapi palsu kerana cip pada kad palsu itu KOSONG dan tiada dalam rekod Jabatan Pendaftaran Negara.

Pihak JPN bekerjasama dengan pasukan keselamatan lain, mencari siapa dalang sebenar kepada kad pengenalan palsu itu dan maklumat yang diperolehi baru-baru ini mengatakan ada kemungkinan sindiket itu beroperasi di luar negara.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook