Latest News

Tuesday 24 March 2015

KAD PENGENALAN SABAH AGENDA POLITIK

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) NRD Playing Politics and Gambling With Sabahans’ Future Oleh FB Tony Minggir (screenshot) (screenshot)

DALAM satu negara, dengan jenis kad pengenalan yang berbeza, bukan sahaja ke belakang malah menunjukkan bahawa tiada kesatuan dalam bernegara.

Jika dicadangkan bahawa kad pengenalan ditambah baik dengan menggunakan sistem biometrik, mungkin satu penyelesaian bagi menangani kad-kad pengenalan palsu.

Pada masa inipun, kad pengenalan palsu nampak sama dengan kad pengenalan asli akan tetapi bezanya 'cip' pada kad pengenalan itu tidak mengandung sebarang data dan tiada dalam simpanan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Masalah yang dihadapi kerajaan sekarang berkaitan kad pengenalan palsu bahawa mereka tidak akan tampil ke hadapan termasuk menggunakan kad itu bagi urusan perbankan dan sebagainya. Namun, ia hanya digunakan sebagai kad pengenalan diri biasa.

Sebenarnya, semua kad pengenalan yang dikeluarkan mempunyai rekod di JPN. Jika mahu mengetahui rekod kad pengenalan yang meragukan, boleh sahaja pihak JPN memeriksanya dengan mudah kerana dengan perkhidmatan komputer, dengan mudah 'family tree' setiap rakyat boleh diperiksa.

Jika ada kad pengenalan ditarik balik, kemudian jabatan yang sama diberi kuasa untuk mengeluarkan kad pengenalan jenis baru. Namun, masalah dakwaan seperti yang sedang berlaku akan tetap wujud kecuali kad pengenalan baru itu bukan lagi dikeluarkan oleh JPN sebaliknya oleh satu jabatan baru yang ditubuhkan.

Sebenarnya, perkara ini telah berlaku beberapa kali bagi penggantian kad pengenalan di negara ini. Tujuannya sama, iaitu untuk menjawab permasalahan yang sama. Namun sehingga kini, dakwaan-dakwaan mengenainya masih tidak kunjung padam.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook