Latest News

Tuesday 31 March 2015

KELAYAKAN AKADEMIK TIDAK SAMA DENGAN KEKANAN

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) are we not good or qualified enough for any public position that a Malayan usually got a position very easily Oleh FB Page The Fututr Of Sabah And Malaysia The Federation Of Malaysia (screenshot)
(ii) Gila punya tindakan.... Oleh FB Stephen Gaimin (screenshot)

APA yang harus atau perlu diketahui oleh para pemimpin termasuk menteri adalah mekanisme penjawatan dalam sektor awam.

Dalam sektor awam, kekanan seseorang terletak kepada syarat-syarat yang telah dilalui oleh seorang penjawat awam, termasuk melepasi berbagai peperikasaan dan kursus-kursus.

Kelayakan akademik, bukan menggambarkan kelayakan pada sebarang jawatan kanan. Seseorang yang mempunyai kelayakan PhD misalnya, tidak akan bakal dilantik ke jawatan kanan sebaliknya melalui proses biasa, dari tangga ke tangga.

Bagi kes jawatan pengarah LKIM Sabah, jawatan itu adalah jawatan persekutuan dan sesiapa sahaja yang berasaskan hierarki bakal dilantik pada jawatan itu, tidak mengiralah asal pegawai itu.

Jika semua pihak melihat bahawa setiap pegawai yang mempunyai kelayakan akademik dikira layak, maka bercelarulah pentadbiran sesuatu organisasi itu.

Hakikat yang perlu diterima bahawa pegawai asal Sabah pada kedudukan N52 yang boleh dipertimbangkan pada jawatan Pengarah LKIM Sabah adalah ketiadaan calon.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook