Latest News

Monday 16 March 2015

KENAPA SABAH KAYA TETAPI RAKYAT MISKIN?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Mengapa anda masih buta untuk menyedarinya??? Kaya tapi miskin Oleh FB Page Sabah Sarawak Keluar Malaysia (screenshot)

KEKAYAAN seseorang rakyat dilihat apabila memiliki harta atau perniagaan. Namun, jika faktor itu tidak dimiliki, bagaimana kayanya satu negara tidak akan menggambarkan kekayaan rakyatnya?

Keadaan ini yang berlaku di Sabah meskipun Sabah adalah pengeluar gas dan minyak, mempunyai perladangan sawit terluas di Malaysia, mempunyai ladang getah yang luas namun semua itu bukan milik rakyat akan tetapi oleh syarikat-syarikat besar.

Rakyat hanya boleh mendapat manfaat daripada sektor itu jika mereka menjadi pekerja. Jika tidak, kekayaan-kekayaan itu bukanlah milik mereka sebaliknya syarikat-syarikat besar tersebut.

Kerajaan Sabah hanya mendapat cukai daripada hasil penjualan perladangan tersebut dan cukai itu tidaklah besar sangat apabila selepas dikumpulkan cuma hanya menyumbangkan kurang daripada RM1 bilion setahun.

Sementara hasil daripada minyak dan gas, Sabah hanya mendapat bayaran kurang daripada RM1 bilion setahun kerana sifat industri itu yang padat modal. Hasil operasi minyak dan gas di Sabah hanya memberi keuntungan kurang lebih RM3 bilion setahun dan keuntungan itulah yang dibahagi sama rata antara syarikat carigali, kerajaan Persekutuan dan negeri Sabah.

Pembangunan infrastruktur seperti jalan raya memerlukan kos yang tinggi. Oleh kerana pendapatan Sabah hanya berkisar pada angka RM4 bilion setahun, maka pembinaan infrastruktur terpaksa dilakukan secara berfasa. Keluasan negeri Sabah pula selain taburan penduduk yang tidak setempat merupakan penyumbang kepada persoalan, mengapa masih banyak jalan raya yang belum diaspal mengikut tahap piawaian yang sepatutnya.

Kenyataan bahawa kadar kemiskinan negara di mana 40 peratus di Sabah adalah  kurang tepat kerana kadar kemiskinan negara secara keseluruhan adalah 6 peratus atau 1.5 juta rakyat sedangkan kadar kemiskinan Sabah hanya 8.1 peratus daripada 3.2 juta penduduk atau 240 ribu orang penduduk atau 0.85 peratus daripada penduduk negara iaitu 16 peratus secara keseluruhan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook