Latest News

Thursday 19 March 2015

KENYATAAN TIDAK JUJUR TERHADAP PERTRONAS DAN ROYALTI MINYAK

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Petronas perlu kembalikan pemilikan kepada Sabah,S'wak' FB Page 1 Suara Sabah (screenshot)

DR. Jeffrey G. Kitingan mengajar generasi muda untuk tidak jujur! Dalam kerjasama mana-manapun, apatah lagi berkaitan dengan perniagaan, kejujuran dan ketelusan adalah perkara pokok.

Perjanjian operasi minyak dan gas di Sabah yang dikendalikan Petronas bermula tahun 1974 berasaskan kepada pemberian 5 peratus bayaran tunai pada sebarang penjualan minyak dan gas yang dikeluarkan negeri.

Hasil minyak dan gas Sabah sebesar RM20 bilion setahun, 5% daripadanya kurang lebih RM1 bilion. Dalam operasi minyak dan gas tersebut, Petronas bekerjasama dengan syarikat minyak asing dengan nisbah keuntungan 70:30 (Syarikat Asing:Petronas). Sebarang keuntungan adalah berasaskan kepada nisbah tersebut. Walaupun perkiraan keuntungan berasaskan nisbah tersebut, namun Petronas tetap membayar pada hasil penjualan keseluruhan.

Modal kapital yang dilabur oleh Petronas sudah ratusan bilion ringgit. Biasanya kalau proses mengambil alih sesuatu syarikat, maka si pengambil alih perlu membayar suatu jumlah yang disepakati. Jika sekiranya Sabah mahu mengambil alih semua operasi minyak dan gas di Sabah, kerajaan Sabah perlu menyediakan sekurang-kurangnya RM88 bilion ringgit. Sebagai perbandingan, rizab Sabah hanya ada simpanan tetap RM3.2 bilion. Maka berasaskan kemudahan pinjaman, Sabah hanya mampu mendapat pinjaman pada satu-satu masa kurang lebih RM6 bilion.

Kenyataan Jeffrey ibarat seperti 'anak kecil yang mahu mengangkat gajah'.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook