TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:
(i) HEBAT!!!... Oleh FB Page Solidarity 4 Sabah (screenshot)
KENYATAAN Datuk Yong Teck Lee itu semasa forum di Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada Sabtu 7 Mac lalu adalah kenyataan bersifat anti persekutuan. Beliau, walaupun sebagai Presiden SAPP akan tetapi bukan mewakili rakyat Sabah majoritinya.
Bukti, bahawa Yong tiada
merit bercakap mewakili majoriti Sabah apabila pada PRU-13, semua
calon-calon parti itu kalah teruk, termasuk Yong sendiri.
Kenyataan
Yong semasa forum itu, secara langsung membenarkan bahawa beliau salah
satu penggerak SSKM. Kenyataan seperti itu, seharusnya tidak timbul
daripada seorang mantan Ketua Menteri BN. Akan tetapi, beliau kini dalam
keadaan terdesak mendapatkan sokongan rakyat untuk memulihkan
kedudukan beliau dalam dunia politik Sabah. Maka, apapun kenyataan
berbentuk provokasi yang beliau kemukakan adalah semata-mata untuk mendapatkan
perhatian.
Kenyataan Yong itu, tidak akan dapat
mempengaruhi pendapat majoriti rakyat Sabah kerana kenyataan seumpama
itu bukan sahaja memberi impak negatif kepada kerjasama antara kerajaan
Persekutuan dan Sabah yang telah dibina dengan jalinan ikatan yang baik dan utuh sejak 10 tahun
lalu lagi. Malah, perhatian Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak kepada
Sabah adalah merupakan perhatian luar biasa yang tidak pernah diberikan oleh
mana-mana mantan Perdana Menteri sebelumnya.
Rakyat
Sabah sejak tahun 1994 telah mempunyai keistimewaan kerana sudah
terlibat menentukan kedudukan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana
Menteri, di mana sebelum ini ianya tidak berlaku.
Yakinlah
kenyataan Yong itu adalah kenyataan politik yang merupakan keadaan
yang berlaku sejak merdeka, di mana perubahan politik di Sabah adalah
faktor penyebab mengapa Sabah miskin.
Rakyat Sabah mahu maju, bukannya mahu kembali ke zaman batu.
0 comments:
Post a Comment