Latest News

Friday 6 March 2015

KERAJAAN JUGA BINGUNG MENGAPA DI KENINGAU BANYAK IC PALSU?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Apa sudah jadi sama ini keningau... Oleh FB Page Bikin Panas Bah (screenshot)

KERAJAAN juga tidak dapat memastikan, mengapa kad pengenalan palsu banyak beredar di Keningau?

Kerajaan mendapat tahu bahawa terlalu banyaknya kad pengenalan palsu apabila melalui operasi bersepadu pihak pasukan keselamatan yang telah berjaya menangkap mereka-mereka yang mempunyai kad pengenalan palsu.

Rupa-rupanya, sindiket pemalsuan kad pengenalan yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu yang bermotifkan kewangan masih berlaku.

Pihak pasukan keselamatan dan kerajaan sedang menyiasat, siapakah yang menjadi dalang kepada pemalsuan tersebut. Ini berikutan pihak Jabatan Pendaftaran Negara cawangan Sabah, masih sedang giat memburu mereka-mereka yang mempunyai kad pengenalan palsu.

Adalah tanggungjawab penduduk Keningau untuk membuat laporan 'berkala' kepada pihak-pihak berkuasa sekiranya terdapat penduduk yang dicurigai demi membendung keadaan ini. Tanpa kerjasama daripada rakyat tempatan sendiri, maka terlalu sukar bagi kerajaan men'sifar'kan PATI di Sabah kerana menjadi pelindung, malah memberikan kad pengenalan palsu.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook