Latest News

Monday 9 March 2015

KERAJAAN MEMPUNYAI MEKANISMENYA SENDIRI

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) DAP’s Bosi to move for Sabah review inquiry Oleh Web Free Malaysia Today (screenshot)
(ii) Kit Siang challenges Salleh for inquiry into Sabah’s 52 years Oleh Web Free Malaysia Today (screenshot)

KERAJAAN Sabah mempunyai mekanismenya sendiri, berhubung dengan kedudukan Sabah dalam Persekutuan Malaysia.

Pemimpin Sabah bebas mengemukakan pendapat, apakah mereka itu daripada kerajaan mahupun pembangkang? Namun, apa yang pasti Kerajaan Sabah mempunyai mekanismenya sendiri dengan cara bagaimana Sabah membangun menerusi Persekutuan Malaysia.

Pandangan Datuk Seri Salleh Tun Said yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah (DUNS) berhubungan dengan hal separa autonomi merupakan pandangan peribadi beliau walaupun pandangan itu turut disokong oleh Presiden PBS Tan Sri Pairin Kitingan.

Kalau diperhalusi dengan betul, sebenarnya Sabah mempunyai kebebasan daripada segi keagamaan walaupun telah menerima Islam sebagai agama rasmi. Sabah mempunyai autonomi berkaitan tanah, demikian juga berkaitan adat istiadat.

Kewujudan mahkamah adat, orang kaya-kaya (OKK) bagi setiap daerah menunjukkan bahawa adat istihadat hidup dengan subur dari dulu hingga sekarang.

DAP bebas untuk mengemukan sebarang cadangan kepada DUN Sabah. Namun, apakah cadangan itu diterima atau tidak adalah sangat bergantung kepada Speaker DUN Sabah.

Sebarang cadangan hendaklah memenuhi kehendak dan mekanisme pemerintahan, bukannya hanya melihat kepada kehendak minoriti.

Pembangkang, suka sangat mengambil perkara-perkara kecil untuk disensasikan contohnya berkaitan tanah kerajaan di Merotai, Sabah. Sebenarnya tanah itu, bukanpun digazetkan sebagai tanah kampung akan tetapi dicerobohi oleh penduduk yang terbabit.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook