Latest News

Wednesday 11 March 2015

KERJA BURUH STATELESS CHILDREN TIDAK SAMA DENGAN JAWATAN PEGAWAI

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) they will get birth certificate and job Oleh FB The Voice Of Borneo (screenshot)

SEMPITNYA pemahaman pemilik facebook yang mengaitkan kerja buruh untuk street children (stateless children) dengan pekerjaan yang bertauliah seperti jawatan bagi lepasan universiti atau kolej. Ini menunjukkan bahawa pemilik facebook itu hanya tahu menulis akan tetapi tidak tahu apa yang ditulis.

Street children merupakan masalah bagi Sabah kerana mereka itu tidak berwarganegara. Tiada negara yang mahu menerima mereka. 

Di kawasan-kawasan bandar khususnya Kota Kinabalu, masalah street children merupakan puncanya masalah sosial wujud seperti penagihan dadah, merompak, kecurian, buli dan gejala sosial yang lain.

Datuk Jainab Ahmad menyarankan agar daripada mereka ini menjadi punca kepada masalah sosial, maka lebih baik mereka disenaraikan dan diberi pekerjaan untuk menjadi buruh sama ada di kawasan-kawasan pembinaan mahupun perladangan.

Sekiranya penulis facebook itu menyatakan bahawa lepasan universiti atau kolej mahu untuk menjadi buruh, maka dipersilakan. Namun, persoalannya apakah mungkin ada? Tidak masuk akal betul.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook