Latest News

Thursday 5 March 2015

KES TERPENCIL MEMELUK AGAMA ISLAM YANG DIPOLITIKKAN

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Teachers in student conversion case transferred Oleh Blog Sabahkini MIRROR (screenshot)

DALAM agama Islam, selepas seseorang akhil baligh, maka mempunyai hak menentukan pegangan agamanya sendiri. Namun berasaskan undang-undang, seseorang itu perlu terlebih dahulu berumur sekurang-kurangnya 18 tahun.

Kes terpencil berkaitan pelajar di SM Kinarut yang berumur 16 tahun yang memeluk agama islam adalah atas kehendaknya sendiri, diputar belit pihak-pihak tertentu.

Hidayah ilahi tidak mengenal batas usia. Meskipun pelajar itu dipindahkan ke SM Kiulu atas permintaan ibu bapanya, namun, suatu hari kelak anak itu akan juga menganut agama yang dipilihnya. Dalam agama tiada paksaan akan tetapi keyakinan.

Usia 16 tahun, sebenarnya sudah mampu membuat keputusan berkaitan pilihan agamanya.

Guru yang menjadi saksi kepada penerimaan nur ilahi itu menjadi mangsa bidasan pihak-pihak tertentu, khususnya daripada Datuk Madius Tangau dan Datuk Johnny Mositun. 

Mempolitikkan agama boleh menghancurkan perpaduan rakyat.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook