Latest News

Saturday 21 March 2015

MANA-MANA PIHAK DI SABAH BEBAS MENGADAKAN FORUM

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) NGO wants public debate and... Oleh Web Free Malaysia Today (screenshot1) (screenshot2)

TIADA siapa melarang mana-mana pihak di Sabah mengadakan forum berkaitan dengan kepentingan rakyat Sabah.

Forum seperti itu boleh merungkai, memperjelaskan atau menjadi medan pencerahan bagi berbagai isu yang menyelebungi fikiran rakyat Sabah, terutama mereka yang tidak gemar membaca sejarah.

Rakyat Sabah kini, dijamu dengan berbagai isu di mana sebelum ini ianya bukanpun merupakan isu.

Tindakan-tindakan pelbagai pihak terutama para pemimpin politik yang mahu mempergunakan rakyat untuk mendapat kuasa, menabur pelbagai isu, termasuk isu-isu yang sebelum ini belum pernah kedengaran diwujudkan.

Para pemimpin pembangkang seperti Datuk Wilfred Mojilip Bumburing dan Datuk Dr. Jeffrey Kitingan adalah para pemimpin pembangkang sejak akhir-akhir ini gemar mencipta berbagai isu yang sebelum ini, di mana isu-isu itu bukanlah merupakan isu-isu yang menjadi perhatian majoriti rakyat Sabah.

Isu-isu yang ditokok tambah dan diputar belit, yang mengarah kepada sentimen negatif pembakaran semangat untuk menaikkan emosi adalah gemar mereka pilih dan utarakan. Sedangkan kalau dihayati, isu-isu itu sebenarnya tidak menyumbang kepada pembangunan negeri termasuk membangun rakyat dan negeri secara amnya.

Mereka (pembangkang), ingin mengajak rakyat ke dalam dunia khayalan tanpa berpijak pada bumi nyata mereka agar rakyat terbuai dengan mimpi-mimpi yang sukar berlaku dan jika ianya berlaku, bakal menghancur negara dan rakyatnya.

Para pemimpin pembangkang ini, sebenarnya pemimpin masa lalu yang kehilangan kuasa akan tetapi cuba untuk kembali dengan pendekatan baru bagi memperolehi "redeem" kuasa yang telah hilang.

Pemimpin yang sudah biasa ada kuasa tetapi hilang kuasa, akan senantiasa kembali dengan mempergunakan rakyat. Untuk itu, kita sebagai rakyat haruslah kena berhati-hati terhadap muslihat mereka ini.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook