Latest News

Monday 30 March 2015

MENUMBOK DAN JESSELTON POINT

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Ketirisan di M'bok, Jesselton Point Oleh FB page DEMI SABAH – Kelab Penyokong Darell Leiking (screenshot)
(ii) Loopholes at Menumbok, Jesselton Point Oleh FB Darell Leiking (screenshot)

SELEPAS pengumuman Laporan RCI Sabah pada Disember 2014, kerajaan Sabah telah melaksanakan tindakan drastik selain memburu dan menghantar pulang PATI. Selain itu, turut mengistiharkan beberapa pulau sebagai tempat larangan, juga telah memasukkan berbagai laluan sebagai sekatan imigresen termasuk Menumbok dan Jesselton Point.

Kenyataan MP Penampang berkaitan dengan saluran masuk itu, sudah menjadi akademik kerana ianya telahpun berkuatkuasa.

Sebenarnya, kerajaan negeri dan pihak-pihak keselamatan telah bertindak pantas berhubung perolehan laporan RCI.

Sangkaan MP Penampang bahawa besar kemungkinan ramai orang asing yang tidak mempunyai dokumen sah menggunakan pintu masuk Menumbok dan Jesselton Point, mungkin mempunyai kebenarannya. Justeru itu, kerajaan sedang mengenalpasti, siapa-siapa yang menggunakan dokumen palsu melalui pintu masuk itu. Sebagai bukti pada minggu lalu, kerajaan telah berjaya menangkap 5 orang asing menggunakan dokumen palsu dan menggunakan pintu masuk itu yang kini telahpun dijatuhi hukuman penjara dan denda mengikut undang-undang.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook