Latest News

Monday 9 March 2015

MEREKA INI PERLU MENDAFTAR E-KASIH

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) It is really sad and shameful... Oleh FB James Ligunjang (screenshot)



BIASANYA penduduk atau rakyat seumpama ini, perlu mendaftar e-kasih dan mengklasifikasikan keadaan mereka apakah mereka termasuk golongan miskin tegar, miskin atau penduduk tidak berpendapatan tetap tetapi mempunyai tanah yang luas.

jika rakyat seumpama ini sudah mendaftar pada e-kasih dan rumah-rumah daif mereka tidak diperbetulkan atau dibaiki dan dibina dalam Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), ini bererti rakyat tersebut mempunyai tanah yang luas, hanya mereka itu adalah penduduk yang tidak berpendapatan tetap.

Memang berlaku di pedalaman Sabah khususnya kawasan kampung Ahuran, Kemabong, rakyat atau penduduknya mempuyai tanah yang luas tetapi tidak mengusahakan tanah tersebut untuk mendapatkan pendapatan. Mereka lebih suka bergantung kepada jenis pertanian berpindah-randah dan kehidupan mereka kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Malah, kehidupan mereka bergantung kepada perburuan dan hasil-hasil hutan, berbanding mengusahakan tanah mereka sendiri.

Kadang-kadang keadaan seperti inilah yang menyumbang kepada jumlah rakyat Sabah miskin. Kerajaan tidak dapat membantu mereka kerana keengganan mereka berpindah ke tanah rancangan kerajaan seperti Lembaga Pembangunan Tanah Sabah (SLDB) atau menyerahkan tanah mereka untuk diusahakan secara kerjasama dengan pihak-pihak tertentu. Mereka lebih suka membiarkan tanah milik mereka ditumbuhi lalang, pokok-pokok hutan atau belukar, berbanding mengusahakannya dengan menanam tanaman pertanian atau buah-buahan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook